BORANG PERMOHONAN HADIR KE UiTM CAWANGAN KELANTAN, KAMPUS MACHANG
SILA BACA DENGAN TELITI SEBELUM MENGISI BORANG INI.
SILA PASTIKAN ANDA MEMASUKKAN MAKLUMAT YANG TEPAT DAN SAHIIH. PELAJAR AKAN DIKENAKAN TINDAKAN TATERTIB JIKA TERDAPAT  DISEBARANG PENIPUAN MAKLUMAT.

KETERANGAN:
Borang ini perlu diisi oleh mahasiswa UiTM Cawangan Kelantan yang berhasrat untuk hadir ke kampus dengan tujuan berikut :
1. Mengambil barang-barang peribadi di kampus
2. Mendiami kolej kediaman
3. Daftar Keluar & Clearance Kolej Kediaman

SYARAT KELAYAKAN
1. Mahasiswa berada di Zon HIJAU ATAU KUNING SAHAJA layak dipertimbangkan untuk hadir ke kampus. Mahasiswa dari zon jingga & merah atau dari kawasan PKPD tidak dibenarkan masuk.
2. Tidak mempunyai gejala seperti demam, batuk, sakit tekak, sesak nafas.
3. Mematuhi Prosedur Operasi Standard yang ditetapkan.
4. Boleh hadir ke kampus pada bekerja sahaja:
 🔰Ahad- Rabu: 8.00 pagi - 4.30 petang
 🔰Khamis: 8.00 pagi - 3.00 petang

PROSES KERJA
1. Permohonan perlu dibuat pada hari bekerja (Ahad-Khamis) dari jam 8.00 - 3.00 petang. Permohonan perlu dibuat selewat-lewatnya 3 hari bekerja sebelum tarikh masuk.  Permohonan yang dibuat di luar waktu pejabat atau lewat tidak akan diproses.
2. Permohonan yang diterima akan diproses oleh Petugas Bilik Gerakan Jawatankuasa Operasi Bencana Negeri (JOBN) UiTM Cawangan Kelantan. Permohonan yang lengkap dan mematuhi kriteria yang ditetapkan akan diluluskan.
3. Setelah mendapat kelulusan, pemohon akan menerima surat kelulusan melalui email yang dihantar melalui email rasmi JOBN. Pemohon perlu mencetak kelulusan ini berserta salinan borang permohonan yang diterima semasa memohon.
4. Pemohon hendaklah hadir ke kampus mengikut tarikh dan masa yang dibenarkan. (WAKTU PEJABAT)
5. Pemohon perlu mempamerkan cetakan emel kelulusan kepada Polis Bantuan di pintu masuk utama dan buat saringan seperti yang ditetapkan.
6. Pelajar diwajibkan lapor diri di Pejabat Kolej masing-masing sebelum menuju ke bilik dan serahkan surat kelulusan sebagai bukti anda daftar masuk.
7. Pihak JOBN UiTMCK hanya akan email keputusan yang diluluskan sahaja. Pemohon yang tidak menerima sebarang keputusan dianggap TIDAK DILULUSKAN

PERINGATAN:
Kelulusan ini boleh dibatalkan atas sebab-sebab berikut:
1. Urusetia mendapati terdapat maklumat yang tidak tepat di dalam borang yang diisi.
2. Zon pemohon bertukar dari hijau/kuning ke jingga/merah sebelum atau pada hari pelajar sepatutnya masuk ke dalam kampus.
Sign in to Google to save your progress. Learn more
Email *
PERAKUAN *
Next
Clear form
Never submit passwords through Google Forms.
This form was created inside of Universiti Teknologi MARA. Report Abuse